RANTAIAN KETAATAN atau KETAKUTAN ?

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR KENAPA PERLU TAAT SETIA ATAU RASA HORMAT PADA SESEORANG SEPERTI KETUA ATAU PEMIMPIN?




fikirkan, anda seorang pekerja (seperti saya), anda perlu ikut cakap bos. bos pula ikut cakap bos yang lebih tinggi kedudukannya. kemudian bos yang lebeh besar itu ikut arahan ketua pengarah. ketua pengarah ikut arahan menteri dan menteri pula ikut kehendak rakyat (balik pada sayalah tu... hehehe)

sepatutnya, saya yang membuat kerja, tahu masalah apa, beritau saja pada bos. jadi, bos mesti ikut kehendak saya (bukan saya ikut kehendak bos!). bos pula beri laporan dan minta bos besar ikut kehendaknya. Bos lagi besar pula beri laporan dan minta ketua pengarah ikut kemahuannya. Ketua Pengarah beri laporan dan bentangkan masalah rakyat pada menteri dan minta menteri ikut dan buat sesuatu seperti rancangannya. dan menteri buatla rancangan dan semuanya untuk rakyat. BARULAH BETUL "rakyat didahulukan, kemajuan diutamakan"...!

tahu tak kenapa saya merapu begini... sebab pekerja sekarang, rata-ratanya tension sebab rantaian ketaatan yang membelenggu sehingga ramai yang migrain.

hmm, patutlah ramai sangat pelumba haram di jalanan... nak redakan ketegangan.


Baca lagi...>>

TIDAK SAMPAI SEHARI BEKERJA

BERITA TENTANG PEMBANTU INDON YANG MENDERA ANAK KJECIL MAJIKANNYA MINGGU LEPAS.
ADA banyak yang mengacau dalam kepalaku kala ini. Salah satu antaranya ialah pembantu rumah yang baru datang bekerja semalam. Perkara ini kuanggap berbeza dan sedikit pelik.


Sebelum ini aku agak fobia mendengar cerita kawan-kawan sekerja yang ada pembantu rumah indon. Macam-macam! Di dalam berita juga ada pelbagai kes yang dilaporkan. Aku tidak berani ambil pembantu rumah sebenarnya. Namun, akhir-akhir ini rasanya aku terpaksa ada pembantu. Melalui kawan2 warga indo penduduk tetap di sini menemui seseorang mahu kerja denganku. Pagi semalam dia datang dihantar suaminya. Taklimatku cuma sedikit terhadap dia dan suaminya, lagipun sudah ada perbincangan sebelumnya. Dia pun mula kerja tanpa perlu diarah-arah. Aku pun amat suka cara kerjanya. Tanpa kusangka dan dengan tiba-tiba sahaja, petang itu 'suami'nya datang minta untuk membawa pembantuku pulang ke kampung sebab ayahnya sakit. Aku lepaskan dengan rasa berat walaupun janjinya akan datang lagi tetapi aku tahu bakal kehilangannya. Sebenarnya ada banyak kemusykilan tentangnya, hal keluarganya dan ceritanya. Menurut anakku, selepas 'suami'nya telefon dia pada petang itu, dia menangis. Sepanjang dia sampai, dia bekerja tanpa arahanku. Aku suruh rehat pun dia buat kerja. Tiada tanda-tanda dia tak suka berada di rumahku. Anak-anakku amat bersemangat menolongnya dan dia juga kelihatan gembira. kain bajunya sudah diatur dalam almari menunjukkan dia bersedia tinggal lama di rumahku. tapi alasannya hendak pergi... bercanggah-canggah. Entahlah... aku masih memikirkan sebabnya. Dia pergi tanpa ambil gaji. Aku dah periksa barang-barang berhargaku, semuanya cukup tak ada yang hilang dan memang aku pasti tidak ada kehilangan apatah lagi anakku sentiasa berkepit dengannya. Banyak andaian yang aku buat tapi belum satupun boleh kusimpulkan. Hari ini, perasaanku jadi semacam memandang hasil kerja yang ditinggalkan semalam. Aku benar-benar terasa kkehadiran dan kehilangannya.
"Aik, mana orang gaji kita?" tanya suamiku sebaik pulang dari kerja. Diabaru kenal sekali semasa orang itu datang berbincang mahu kerja minggu lepas. Alangkah baiknya kalau dia kembali. AKu tawar hati untuk menerima orang lain kerana pada anggapanku, sukar untuk mendapat pembantu sebaiknya kecuali jika aku bertuah lagi.
-

Baca lagi...>>

pusingan (rantaian ketakutan)

Idea tentang rantaian ketakutan ini saya dapat di perhimpunan penulis

alala ... mcm kita takut bos, bos takut bos lagi atas, bos lagi atas takut yang lagi-lagi atas, dan lagi atas takut yang lagi-lagi-lagi atas... akhirnya.....
hmmm nantila saya nak tulis ni kemudian. belum sempat nak bina ayat lagi... nak cari gambar y sesuai. .

Baca lagi...>>

BUDAYA BERSAPA (KAWAN LAMA)






Barangkali tak ramai yang sedar, budaya sudah merubah cara berfikir kita. Mari kita lihat dan hayati contoh situasi ini. Ni kawan lama dah bertahun2 tak jumpa. Dulu2 akrab sangat, sampai boleh kongsi teh sebungkus.



A: Lama tak nampak? kau ok ke sekarang. (hulur tangan berjabat salam)

B: Sihat. bolehla sikit2 (perasaan gembira ditegur kawan baik)

A: Kerja mana sekarang. masih di tempat lama ke? atau *sudah naik pangkat?


B: dah berhenti kerja. Buat kerja sendiri. Eh, kau kerja mana sekarang? *dah pakai kereta apa?


A: Aku dah tukar kereta. kereta lama jual dah. Hah, kau *dah beli rumah ke. kat mana kau tinggal?


B: Aku tinggal kat kawasan Bangsar. Beli rumah kat situ. rumah teres berkembar.(dengan rasa bangga)

A: Wah... hebat kau sekarang! *buat bisnes ke
B: Adalah sikit-sikit... eh,kau buat bisnes apa?
A: Aku bisnes dengan Datuk X, buat networking.
B: Oh, boleh tahanla kau ye... *Anak kau dah berapa sekarang?
A: Anak dah empat. Dah sekolah semuanya. Kau pula?

Begitulah yang biasa berlaku sekarang. perkara yang mula2 orang nak tahu bukan lagi tentang perkembangan keluarga tetapi adalah pencapaian duniawi. harta ditafsir dalam dua konotasi berbeza. kalau dulu budaya orang tua2 zaman mak2 ayah kita, *'harta' berharga adalah anak-anak. ukuran kejayaan orang2 tua adalah ukuran sosial berkisarkan kejayaannya mendidik anak-anak menjadi masyarakat berguna. namun, hari ini ukuran kejayaan itu sudah berubah kepada ukuran material.
Jadi, hari ini budi bahasa bukan lagi menjadi keutamaan. tahap hormat orang pada orang lain juga berdasarkan 'kekayaan' hartanya. ilmu yang dimiliki juga kurang dihiraukan. kalau banyak harta dan tinggi budi bahasa lagi la bagus. sesungguhnya manusia ini boleh saja berubah2.
Hmm, tengokla lembu yang kita selalu anggap bodoh. mereka tak pernah pun memandang rendah sesama sendiri jauh sekali merasa bangga dengan apa yang mereka ada. walaupun antara mereka tak ada harta ataupun yang belum ada anak dengan yang beranak banyak... mereka sesama mereka, sama saja... hahahah

Baca lagi...>>

LEGANYA!


LEGA... aku menarik sedikit nafas lega. minggu2 sudah dan lebih parah lagi dua tiga hari lepas aku berperang, gelut dan kalut dengan pelbagai jenis kesibukan, tekanan, hambatan dan tuntutan. saat ini aku lega.... FUUHHH....!


Nikmat kelegaan rupa-rupanya sangat membahagiakan. aku terasa hidup kembali normal. walaupun pada hakikatnya ini bersifat sementara, yang singkat inilah nikmat yang perlu dinikmati sebaiknya. sekejap lagi aku masak, mengemas rumah dan ke tempat kerja. Pulang petang nanti, aku tidak perlu lagi kalut. Sediakan makan malam seadanya, nonton tv, memantau anak-anak, dan tidur. esok hari cuti. aku terasa saat bahagia bakal menanti. Mungkin boleh mengemas rumah yang berkecah sekian lama bersama keluarga. petang, keluar jalan-jalan.

Nikmat ini sesungguhnya anugerah. Anugerah bersifat pendek, sedikit dan kecil. Jika panjang, banyak dan besar akan menimbulkan masalah lain pula (nikmat syukur akan hilang)... Jadi, perang, gelut dan kalut adalah rencah kehidupan yang juga ujian hidup. Selagi hidup diteruskan, kita berjuang ke garisan penghabisan. Moga-moga kejayaan sebanar ada di garisan terakhir.
(INI BUKAN PROMOSI KARYA BARU. INI LUAHAN SAJA2... lalala..)


Baca lagi...>>

Copyright © 2008 - Sisipan Ilham blog - is proudly powered by Blogger